Panduan asas untuk menjadi Affiliate Clickbank


Sejak Clickbank nie dibuka semula untuk rakyat Malaysia, ramai IM-IM Malaysia yang sibuk mencari peluang untuk mendapat pendapatan melalui program ini. Walaupun aku nie pun masih baru dengan program ini tapi nak share sikit tentang cara-cara basic untuk menjalankan program Clickbank. So untuk post kali ini aku nak terangkan langkah-langkah awal bagaimana untuk bermula menjadi affiliate Clickbank.

Pendaftaran

Perkara paling asas untuk menjadi ahli affiliate Clickbank bermula dengan pendaftaran. So korang pergi ke page signup clickbank disini. Dan isikan butiran peribadi anda dan hantar. (seperti gambar rajah dibawah.)

Kemudian anda akan menerima email dari pihak Clickbank untk pengaktifan akaun Clickbank anda. Seperti contoh dibawah.

"notify@clickbank.com"
...
Add April 20, 2008 1:23:42 PM
To:muhafis email

Your confirmation code is: contohMuhafIZ1234


Your email address was recently entered into an
online form. If this does not sound familiar to
you simply delete this message.

Gunakan confirmation code itu untuk mengaktifkan akaun anda.

Mencari Produk

Kini anda telah sah bergelar ahli affiliate Clickbank. Anda akan dibawa ke laman Clickbank sebagai seorang ahli affiliate di Account Home. Jadi untuk langkah seterusnya anda hendaklah memilih produk yang ingin anda promosikan. Anda pergi ke page market place. Disini anda boleh menapis dan mencari product apa yang anda inginkan. Setelah menapis mengenai produk yang anda inginkan tekan butang GO.




Kemudian anda akan dibawa ke page yang menyenarikan produk-produk yang telah anda pilih. Contohnya, jika anda ingin mempromosikan produk dari Salehoo tekan pada link Create Hoplink. Kemudian akan mucul satu popup window yang mana akan memberi anda link untuk product tersebut, Link ini mengandungi ID anda sebagai referral untuk produk ini. Jadi anda hendakalh menggunakn link ini untuk tujuan promosi untuk produk tersebut. Dan setiap kali pembelian berlaku melalui link ini anda akan menerima komisyen. Kini anda telah siap untuk memulakan promosi product yang anda pilih. Anda dinasihatkan untuk menyimpan butiran link itu didalam fail words ataupun notepad untuk rujukan semula dikemudian hari.

Promosi.

Untuk promosi terdapat pelbagai cara untuk anda menjalankan promosi. Ini bergantung kepada kecenderungan anda sendiri. Contohnya mail listing, blog atau website anda, PPC program seperti google adword atau yahoo marketing dan juga promosi diforum-forum. Tetapi anda mesti selalu peka dans entias merujuk kepada statistic prmosi anda untuk anda perbaiki kelemahan yang wujud agar promosi anda akan berjalan dengan lebih effektif.

Tips tambahan.

Untuk memilih produk anda dinasihatkan untuk memilih product yang baru dan mempunyai daya saing serta boleh dijual. Lihat pada komisyen yang ditawarkan. Jika boleh pilih produk yang menawarkan komisyen 25% ke atas agar usaha anda berbaloi ika anda berjaya menjual produck tersebut. Anda juga perlu peka dan bijak menilai tahap %/referd (peratusan rujukan) dan juga grav (daya tarikan produk) semakin tinggi nilai %/referd dan grav semakin tinggi potensi produk itu untuk dijual.

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan buat masa ini. Jika ada kesilapan didalam posting ini saya mohon maaf dan jika ada lagi ilmu yang ingin anda kongsikan sila tinggalkan pandangan anda diruangan komen Insya Allah saya akan kemaskini lagi post ini dengan info-info yang terkini dimasa hadapan.

Forum untuk Internet Marketer Malaysia

Assalamualaikum... Ini merupakan entry ke 3 untuk blog ini. Untuk entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai laman forum. Sebenarnya terdapat pelebagai jenis laman forum yang dianjurkan di internet. Namun saya lebih tertarik untuk menjelaskan mengenai laman forum yang berunsurkan Internet Marketing. Jika anda ingin mempelajari atau berbincang mengenai pelbagai hal-hal dunia internet marketing terutama bersama IM-IM dari seluruh negara kita. Ruang forum merupakan tempat yang amat sesuai. Didalam ruangan forum kita dapat bertemu dengan ramai otai-otai IM ataupun Internet Marketer muda yang baru belajar duduk berkumpul.

Terdapat pelbagai topik-topik yang dibincangkan mengikut kategori yang sediaada. Kita boleh mengutarakan pandangan atau pendapat berkaitan topik-topik yang dibincangkan dari kaca mata kita sendiri. Selain itu kita boleh mengutarakan soalan-soalan ataupun kemusykilan mengenai selok belok dunia IM dengan komuniti ini. Antara ruang forum yang IM yang amat aktif dam bermenafaat adalah seperti www.carigold.com, www.wangcyber.com, www.webmastermalaysia.com dan beberapa lagi ruang forum yang dianjurkan oleh rakyat malaysia. Tetapi perlu diingat kita mestilah mematuhi peraturan dan etika ketika berforum agarsegala komentar yang kita tulis tidak menimbulkan suasana tidak senang dikalangan forumner lain.

Dengan berforum kita juga boleh menambah kenalan dan mendapat trafik yang sesuai jika kita pandai menarik minat forumner lain. Kita boleh meletakkan link blog ataupun website kita diruangan signature dan ini berguna sebagai promosi kepada blog ataupun web secara percuma. Jika kita berjaya melahirkan idea-idea yang bernas didalam ruang fourm, kita akan dapat membina reputasi yang baik dikalangan komuniti forum itu sendiri. Jadi saya amat mengsyorkan kepada IM-IM baru yang agar sentiasa menggunakan medium forum ini untuk berkongsi ilmu selain itu membina ikatan yang erat diantara IM-IM yang lain. Selamat mencuba...

Clickbank Beri Peluang Kedua Untuk Malaysia



Setelah sekian lama Clickbank mengharamkan rakyat Malaysia untuk menyertai program Affiliate mereka, kini peluang kedua bagi rakyat Malaysia untuk menyertai Clickbank. Clickbank merupakan antara program Affiliate yang tersohor ketika ini selain Commision Junction. Ini memang merupakan berita gembira untuk IM-IM Malaysia yang ingin membuat wang dari program ini.

Untuk pengetahuan semua Clikcbank merupakan sebuah laman web yang menyediakan program affiliate kepada ahli-ahlinya untuk menjual produk-produk dari pelbagai penjual seluruh dunia. Komisyen yang diberikan mengikut apa yang ditawarkan oleh publisher itu sendiri. Jadi aku menyeru seluruh IM dimalaysia agar menggunakan peluang kedua ini dengan sebaik mungkin agar kita tidak lagi diban oleh pihak Clickbank. Untuk pengetahuan umum juga Clickbank turut memberi peluang kedua kepada negara Bangladessh dan Israel. Namun Indonesia masih terus diban buat masa ini.

Jika anda berminat untuk mendaftar atau menyertai program ini sila tekan disini

Selamat Datang Ke Blog IM Malaysia

Ini merupakan post pertama saya untuk blog ini. Tujuan saya membina blog ini adalah untuk berkongsi cerita dan ilmu bersama anda semua perihal terkini dunia Internet Marketer di Malaysia. Sebenarnya saya sendiripun bukanlah seorang IM yang mahir seperti nama-nama besar yang sedia ada. Namun saya cukup berminat untuk mendalami ilmu dan mempelajari teknik serta selok belok dunia perniagaan internet seperti mana rakyat Malaysia yang telah berjaya khasnye dan dunia umumnya yang telah berjaya menjadikan Internet sebagai medan mereka mencari rezeki. Oleh itu saya amat berharap sokonagn saudara-saudari sekalian untuk sama sama berkongsi ilmu bersama saya dan rakyat Malaysia amnya denagn memberi komen tentang peluang membuat duit di internet yang sememangnya wujud.