Pendaftaran
Perkara paling asas untuk menjadi ahli affiliate Clickbank bermula dengan pendaftaran. So korang pergi ke page signup clickbank disini. Dan isikan butiran peribadi anda dan hantar. (seperti gambar rajah dibawah.)
Kemudian anda akan menerima email dari pihak Clickbank untk pengaktifan akaun Clickbank anda. Seperti contoh dibawah.
"notify@clickbank.com"
...
Add April 20, 2008 1:23:42 PM
To:muhafis email
Your confirmation code is: contohMuhafIZ1234
Your email address was recently entered into an
online form. If this does not sound familiar to
you simply delete this message.
Gunakan confirmation code itu untuk mengaktifkan akaun anda.
Mencari Produk
Kini anda telah sah bergelar ahli affiliate Clickbank. Anda akan dibawa ke laman Clickbank sebagai seorang ahli affiliate di Account Home. Jadi untuk langkah seterusnya anda hendaklah memilih produk yang ingin anda promosikan. Anda pergi ke page market place. Disini anda boleh menapis dan mencari product apa yang anda inginkan. Setelah menapis mengenai produk yang anda inginkan tekan butang GO.
Kemudian anda akan dibawa ke page yang menyenarikan produk-produk yang telah anda pilih. Contohnya, jika anda ingin mempromosikan produk dari Salehoo tekan pada link Create Hoplink. Kemudian akan mucul satu popup window yang mana akan memberi anda link untuk product tersebut, Link ini mengandungi ID anda sebagai referral untuk produk ini. Jadi anda hendakalh menggunakn link ini untuk tujuan promosi untuk produk tersebut. Dan setiap kali pembelian berlaku melalui link ini anda akan menerima komisyen. Kini anda telah siap untuk memulakan promosi product yang anda pilih. Anda dinasihatkan untuk menyimpan butiran link itu didalam fail words ataupun notepad untuk rujukan semula dikemudian hari.
Promosi.
Untuk promosi terdapat pelbagai cara untuk anda menjalankan promosi. Ini bergantung kepada kecenderungan anda sendiri. Contohnya mail listing, blog atau website anda, PPC program seperti google adword atau yahoo marketing dan juga promosi diforum-forum. Tetapi anda mesti selalu peka dans entias merujuk kepada statistic prmosi anda untuk anda perbaiki kelemahan yang wujud agar promosi anda akan berjalan dengan lebih effektif.
Tips tambahan.
Untuk memilih produk anda dinasihatkan untuk memilih product yang baru dan mempunyai daya saing serta boleh dijual. Lihat pada komisyen yang ditawarkan. Jika boleh pilih produk yang menawarkan komisyen 25% ke atas agar usaha anda berbaloi ika anda berjaya menjual produck tersebut. Anda juga perlu peka dan bijak menilai tahap %/referd (peratusan rujukan) dan juga grav (daya tarikan produk) semakin tinggi nilai %/referd dan grav semakin tinggi potensi produk itu untuk dijual.
Ini sahaja yang dapat saya kongsikan buat masa ini. Jika ada kesilapan didalam posting ini saya mohon maaf dan jika ada lagi ilmu yang ingin anda kongsikan sila tinggalkan pandangan anda diruangan komen Insya Allah saya akan kemaskini lagi post ini dengan info-info yang terkini dimasa hadapan.
0 comments:
Post a Comment