Forum untuk Internet Marketer Malaysia

Assalamualaikum... Ini merupakan entry ke 3 untuk blog ini. Untuk entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai laman forum. Sebenarnya terdapat pelebagai jenis laman forum yang dianjurkan di internet. Namun saya lebih tertarik untuk menjelaskan mengenai laman forum yang berunsurkan Internet Marketing. Jika anda ingin mempelajari atau berbincang mengenai pelbagai hal-hal dunia internet marketing terutama bersama IM-IM dari seluruh negara kita. Ruang forum merupakan tempat yang amat sesuai. Didalam ruangan forum kita dapat bertemu dengan ramai otai-otai IM ataupun Internet Marketer muda yang baru belajar duduk berkumpul.

Terdapat pelbagai topik-topik yang dibincangkan mengikut kategori yang sediaada. Kita boleh mengutarakan pandangan atau pendapat berkaitan topik-topik yang dibincangkan dari kaca mata kita sendiri. Selain itu kita boleh mengutarakan soalan-soalan ataupun kemusykilan mengenai selok belok dunia IM dengan komuniti ini. Antara ruang forum yang IM yang amat aktif dam bermenafaat adalah seperti www.carigold.com, www.wangcyber.com, www.webmastermalaysia.com dan beberapa lagi ruang forum yang dianjurkan oleh rakyat malaysia. Tetapi perlu diingat kita mestilah mematuhi peraturan dan etika ketika berforum agarsegala komentar yang kita tulis tidak menimbulkan suasana tidak senang dikalangan forumner lain.

Dengan berforum kita juga boleh menambah kenalan dan mendapat trafik yang sesuai jika kita pandai menarik minat forumner lain. Kita boleh meletakkan link blog ataupun website kita diruangan signature dan ini berguna sebagai promosi kepada blog ataupun web secara percuma. Jika kita berjaya melahirkan idea-idea yang bernas didalam ruang fourm, kita akan dapat membina reputasi yang baik dikalangan komuniti forum itu sendiri. Jadi saya amat mengsyorkan kepada IM-IM baru yang agar sentiasa menggunakan medium forum ini untuk berkongsi ilmu selain itu membina ikatan yang erat diantara IM-IM yang lain. Selamat mencuba...

0 comments: