Kenapa anda gagal dalam Adsense.

Salam sejahtera semua pembaca. Dalam post kali ini saya nak kupas mengenai isu yang sering bermain difikiran setiap penggiat google adsense. "Kenapa saya gagal didalam adsense?" Persoalan ini sering kali tercetus diminda setiap penggiat adsense yang bercambah bak cendawan lepas hujan dikala ini. begitu ramai blogger begitu teruja untuk meraih pendapatan yang lumayan melalui program adsense namun gagal setelah mereka cuba berblogging. Kenapa ini sering terjadi? Mesti ada punca kejadian ini berlaku. Saya akan mengupas perkara ini disini melalui pengalaman dan pengetahuan yang saya ada.

Perkara pertama yang menyebabkan anda gagal didalam adsense adalah kerana anda tidak faham apa kehendak adsense itu sendiri. Kenapa anda tidak faham? Kerana anda lebih berangan-angan untuk meraih pendapatan lumayan dengan cara yang mudah. Ya, ramai dikalangan blogger yang ada fikir untuk meraih keuntungan atau pendapatan di adsense dgn cara yang mudah hinggakan mereka terlupa perkara penting sebelum mereka berblogging.
Kita melihat ramai penggiat adsense yang berjaya menunjukkan screen shot pendapatan mereka mencecah ribuan ringgit setiap bulan. Tapi tahukah anda bahawa setiap pendapatan yang mereka raih bukanlah dengan cara yang cepat dan mudah. Adsense / google akan memberi anda iklan yg berkaitan dengan kandungan blog anda. Jadi jika anda membina blog peribadi yang banyak menceritakan hal-hal peribadi sahaja, tidak banyak pengiklan/ iklan adsense yang bernilai tinggi akan masuk ke dlm website dan blog anda. Dan ini menyebabkan kadar pendapatan adsense anda raih amat kurang.

Tidak buat kajian. Salah satu punca kegagalan didalam adsense adalah kerana anda tidak buat kajian sebelum membina blog/ website. Anda seharusnya membuat kajian sebelum anda mula membina blog. Ini akan memberi kesan jangka panjang buat pendapatan adsense anda. Anda seharusnya pilih niche yang menguntungkan dan kurang persaingan untuk memudahkan anda bersaing meraih kedudukan yang terbaik di search engine. Pilih niche dan keyword yang berbaloi untuk anda bangunkan. Bukannya main terjah berblogging semata=mata, kerana perkara ini yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan anda dalam adsense.

Punca yang ketiga, angan-angan yang terlalu tinggi. Bila kita memasang angan-angan hendaklah ianya berdasarkan dengan keupayaan kita (melainkan anda betul-betul bersedia untuk bersaing). Sebagai individu, mesti ada dikalangan kita yang berfikir ingin membangunkan website seperti yahoo atau pun blog-blog ternama yang lain. Kita tidak perlu membina sesuatu benda yang orang lain sudah buat kerna kita tidak mampu menandinginya. Jadi sebelum membina sesebuah blog atau website anda mesti melihat kemampuan diri anda dahulu. Kita mesti mencipta kelainan barulah kita akan mendapat perhatian. Dengan kelainan juga blog kita akan menjadi popular dan menghasilkan traffik yang tidak putus. Ini kerana orang tidak akan mendapat keunikan blog kita diblog-blog yang lain. Cuba lihat dari kacamata seorang pengunjung baru bila datang ke blog anda. Perkara apa yang mereka akan ingat dan tidak akan jumpa di blog-blog yang lain. Dari itu anda akan mendapat meraih banyak kelebihan. Blog anda akan diingati dan menjadi sebutan.

Fokus. Memang mudah untuk bercakap perkataan fokus. Tetapi amat berat untuk melaksanakannya. Diruang cyber ini begitu banyak benda yang boleh melalaikan tujuan asal kita ketika online. Jadi anda seharusnya membuat jadual dan to do list sebelum anda online. Dengan cara ini setiap task/ tugas yang anda ingin buat dapat dilakukan mengikut masa. Misal kata anda ingin membuat promosi untuk blog, tetapkan satu hari untuk anda habiskan untuk membuat promosi untuk blog anda semata2. Begitu juga jika anda ingin kemaskini blog. Seelok-eloknya sediakan jadual dengan cara ini anda akan lebih fokus.

Promosi.Perlu diingatkan bahawa 80 peratus daripada kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk menjayakan blog/ website anda adalah promosi. Dengan adanya promosi sahajalah baru anda boleh mendapat pelawat. Dan dengan adanya pelawat barulah anda berpeluang menjana pendapatan melalui adsense. Jadi fokus amat penting didalam anda ingin mencapai kejayaan berblogging dan adsense. Blog anda tidak akan mendapat pelawat tanpa sebarang promosi. Jadi rajin-rajinlah membuat promosi samada secara percuma atau berbayar. Diingatkan sekali lagi bahawa dengan adanya pelawat/ traffik barulah anda berpeluang untuk menjana pendapatan melalui adsense.

Belajar dan terus belajar. Kata orag lama, kalau kail panjang sejengkal usah lautan hendak diduga. Jadi timbalah ilmu sebanyak mungkin dan praktikkan ilmu yang anda timba untuk mencapai kejayaan. Ada banyak teknik yang digunakan untuk menjana pendapatan adsense begitu juga menarik traffik. Jadi anda hendaklah sentiasa belajar untuk tidak tercicir. Anda boleh menyertai ruang forum untuk mendapatkan maklumat terkini disamping mendapatkan traffik. Sebenarnya terdapat banyak cara percuma untuk mendapatkan traffik. Anda kena selalu mencari dan mencuba.

Ini sahaja tips dari saya setakat ini. saya akan kongsi lagi tips yang lain dimasa akan datang insya Allah. Terima kasih kerana membaca post Kenapa anda gagal dalam adsense.

0 comments: