Apa iItu Autoresponder?.

Hari ni saya kepenatan sungguh. Dah dua malam saya tidur lewat sebab sekarang saya tengah buat kajian pasal cara terbaik untuk buat internet marketing. Banyak benda baru telah saya pelajari. Walaupun saya telah mengetahui secara asas perkara-perkara ini, namun dalam sehari dua nie saya dapat mendalaminye lagi. Ok untuk posting kali ini saya ingin berkongsi ilmu mengenai Autoresponder.

Apa itu autoresponder?
Autoresponder adalah satu sistem perisian automatik membalas email. Ia merupakan satu cara promosi paling berkesan bagi sesebuah perniagaan internet. Anda hanya perlu menaip atau menyediakan mesej mengikut turutan dan autoresponder akan menghantar email tersebut kepada penerima mengikut waktu yang telah anda tetapkan.

Autoresponder selalu digunakan untuk menghantar mesej ucapan terima kasih (sering muncul jika anda mendaftar didalam sesebuah laman web contohnya kod pengaktifan atau pengesahan penjualan sesuatu product secara online.) Kini penggunaan autoresponder semakin meluas termasuklah didalam program-program tutorial ataupun kursus-kursus pembelajaran secara online dengan dikenali sebagai e-learning.

Kelebihan penggunaan autoresponder adalah ianya menjimatkan masa dan segala-galanye dilakukan hanya sekali sahaja. Selebihnya perisian ini yang akan melakukannya sendiri secara automatik. Contoh program autoresponder yang popular boleh didapati di
http://www.getresponse.com
http://www.aweber.com
Selamat mencuba...

0 comments: