Majalah IM Vol.4 kembali


Pada kali ini majalah IM mengetengahkan saudara Mohd Amirol sebagai personaliti/model cover story pula. (tapi haritu saya jumpa dia.. dia pakai cermin mata!.. oh!)

Pada kali ini, ada 2 orang pernulis baru yang telah menyumbangkan artikel, iaitu saudara Noorizam Shah yang menulis tentang EBay, dan juga saudara Shamsuddin Abdul Kadir (Penulis Buku “Hidup Tenang Walaupun Berhutang”). Antara yang menarik di dalam Majalah IM vol. 4 ini adalah seperti;

  • Rahsia Besar Jutawan Internet Terbongkar…04
  • Tampilkan Kelainan Tak Kira Apapun…06
  • Kelebihan Menghadiri Seminar…08
  • Kekuatan Minda Untuk Sukses…11
  • Mari Kita Kenali Apa itu Ebay…14
  • Lima Tip Asas Menulis Autoresponder…17
  • Siapakah Pelanggan Anda…22
  • Pendapatan Pasif…Adakah ia Benar-benar Pasif?…24
  • 14 Cara Mudah Melakukan Senaman Setiap Hari…27
  • Interview Bersama Amirol…30
  • Fenomena Email Marketing Yang Menghairahkan Minda…37
  • Bagaimana Membuatkan Big Guns Sit up & Take Notice Proposal JV Anda…40
  • Customize Form…43
  • Soal Jawab IM…47

Usah berlengah lagi! Download secara PEERCUMAAA sekarang di www.MajalahIM.com

Tips Untuk bina blog Adsense

Ini merupakn tips dari akak laling dari Carigold forum sebelum anda membina blog untuk menjana adsense. Tq akak laling

1.Blog keyword murah + Search Volume Tinggi + Advertiser Competition Tinggi + Estimate Harga CPC Tinggi $5up = Buh Adsense

2.Blog keyword mahal + Search Volume Rendah + Advertiser Competition Tinggi + Estimate Harga CPC Tinggi $50up = Buh Adsense (+mastering SERP+Fresh Content)

3.Blog keyword murah + Search Volume Tinggi + Advertiser Competition Tinggi + Estimate Harga CPC Rendah (sensen) =Taknak Adsense tapi keep close TREND

4.3.Blog keyword murah + Search Volume Tinggi + Advertiser Competition Rendah-0 + Estimate Harga CPC Rendah (sensen) =Taknak Adsense buat Affiliate


5.Blog keyword murah + Search Volume Rendah + Advertiser Competition 0 + Estimate Harga CPC Rendah (sensen) =Anda Bukan Player Adsense =Blog Mistake

Tool Bar Ever Profit


Assalamualikum..
Anda pernah dengarn mengenai tool bar Ever Profit? Sebenarnya saya pun baru juga mengetahuinya. Syarikat Inex Ventures, Inc baru sahaja melancarkan tool bar ini kepada para internet user untuk para penggemar Internet Marketer adan Internet Affiliate. Toool bar ini masih lagi dalam versi BETA. Buat masa sekarang tool ini hanay boleh digunakan untuk web browser Inter Explorer sahaja. Tidak lama lagi tool untuk Firefox pula akan dilancarkan.

Kegunaan Tool Bar Ever Profit
Tool bar ini menyediakan anda info-info berkaitan SEO. Anda boleh membuat kajian mengenai katakunci, mendapatkan anggaran trafik serta anggaran harga sesebuah katakunci itu di dalam adwords, maklumat dan graf dari alexa serta bermacam lagi ciri-ciri hebat yang dapat memenuhi keperluan seorang IM.

Anda jua berpeluang untuk membuat duit dengan tool bar ini. Anda boleh menggunakan toolbar ini untuk mengiklan atau pun menjual produk affiliate clickbank anda . Satu lagu kegunaan toolbar ni yang menarik adalah aplikasi contnt rewriter. Anda boleh mengubah saui content pada sesuatu web yang anda perolehi dengan manual ataupun automatik.

Ia juga percuma untuk didownload. Untuk mendownload sila click pada link yang saya sediakan dibawah.

Download Toolbar Everprofit

Internet Marketing (Pemasaran Internet)

Apakah itu Pemasaran Internet (Internet Marketing)?

Pemasaran internet merujuk kepada segala aktiviti untuk memasarkan produk atau perkhidmatan melalui medium internet dan merangkumi berbagai teknik khusus termasuk pembinaan laman web jualan, carta membeli-belah jualan, pemprosesan bayaran melalui internet, 'search engine optimization' (SEO), penjanaan trafik ke laman web, pengiklanan dan proses pemasaran itu sendiri.

Apakah yang boleh dijual melalui Pemasaran Internet?

Apa-apa sahaja asalkan produk tersebut boleh dijual di internet dan ada yang akan membelinya online. Ramai usahawan internet telah menjual produk dan perkhidmatan mereka seperti ebook, software, khidmat freelance (grafik, penulisan, programming), produk affiliate (untuk mendapat komisyen jualan), gelang, kasut dan produk-produk dari eBay.

Apakah bahaya pemasaran internet kepada PEMBELI?

Seperti mana-mana perniagaan, sama ada di alam maya internet ataupun di alam nyata, memang pasti wujudnya segelintir manusia yang akan menyalahgunakan internet untuk menipu (con), menjalankan aktiviti penipuan (fraud) dan menganggu ketenteraman awam. Teknik-teknik yang digunakan didalam pemasaran internet juga telah digunakan secara berleluasa oleh mereka yang menjalankan aktiviti larangan seperti penjualan skim cepat kaya, bahan lucah, aktiviti perjudian dan sebagainya.

Anda dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mengunjungi laman web yang menjalankan aktiviti larangan seperti penjualan skim cepat kaya, bahan lucah, aktiviti perjudian dan sebagainya.

Jika anda curiga atau was-was dengan penjualan sesuatu produk, sama ada di sebuah laman web atau forum, elakkan dari membelinya. Selidiki dulu laman web berikut, latar belakang penjual dan produk yang ditawarkan. Gunakan payment processor seperti PayPal, khidmat escrow dan sebagainya kerana anda boleh mendapat wang anda kembali (refund), jika produk atau perkhidmatan tidak memuaskan.

Apakah bahaya pemasaran internet kepada PENJUAL?

Sebagaimana terdapat bahaya untuk pembeli di internet, terdapat juga bahaya bagi mereka yang menjual barangan online.

Bahaya #1: Masalah ditipu pembeli: ada juga segelintir pembeli yang cuba menipu penjual dengan tidak membayar sepenuhnya untuk produk atau perkhidmatan yang diterima.

Bahaya #2: Masalah penggodam: Blog-blog yang jarang dikemaskinikan (update), penggunaan skrip-skrip yang tidak 'secured' dan sebagainya memudahkan laman web diceroboh.

Bagaimana hendak memastikan perniagaan internet anda tidak menyalahi undang-undang:

*
Jangan melibatkan diri dengan jualan atau pemasaran produk-produk atau perkhidmatan berkaitan penjualan skim cepat kaya, bahan lucah, aktiviti perjudian dan sebagainya.
*
Jika anda ragu-ragu tentang sebuah program affiliate atau program referral, elakkan dari menyertainya.
*
Sentiasa bersikap jujur, berterus-terang dan amanah dengan bakal pembeli dan pembeli.
*
Berikan maklumat yang berfaedah kepada pengunjung laman web anda.

Adakah saya SESUAI untuk menjalankan perniagaan secara online melalui kaedah pemasaran internet?

1. Anda mesti tahu menggunakan komputer atau laptop dan aksesori berkaitannya, seperti modem, penyambungan ke internet dan sebagainya.
2. Anda mesti tahu cara back-up laman web dan dokumen-dokumen anda pada PC dan pada internet.
3. Anda mesti RAJIN dan SUKA BELAJAR PERKARA BARU.
4. Anda mesti ada 'initiative' sendiri untuk belajar tentang web design, programming, SEO dan apa-apa berkaitan laman web dan internet.
5. Anda mesti kuat semangat dan tidak mudah berputus asa (walaupun tidak ada pembeli atau dimarah pembeli atau digodam berkali-kali.)
6. Sebaik-baiknya anda SUKA duduk di hadapan komputer berjam-jam untuk membina laman web, mengemaskini laman web, mencipta produk, memantau laman web dan back-up data anda.
7. Anda mesti ADA MASA untuk berada di hadapan PC anda, memantau laman web dan jualan anda dan memastikan semua dalam keadaan baik.

Warning:

Jika anda malas, malas membaca, malas nak bina laman web atau blog atau tidak suka melayari internet atau tidak ada masa untuk melayari internet, saya cadangkan anda tidak melibatkan diri dalam bidang pemasaran internet tetapi memasarkan produk anda di dunia yang nyata (offline). Anda hanya akan KERUGIAN WANG dan MASA dan TENAGA jika TERSILAP marketing.

INTERNET MARKETING TIDAK MUDAH DAN TANPA PENGETAHUAN DAN USAHA YANG GIGIH, ANDA TIDAK AKAN JADI KAYA SERTA-MERTA.

Segala sumber info diatas dari sumber : Internet Melayu

Panduan Asas SEO (Search Engine Opitimization)

Assalamualaikum... Harap-harap semuanye sihat belaka. Untuk posting kali ini aku nak bercerita pasal panduan asas SEO (search engine opitimization). Ramai dah sedia maklum apa itu SEO dalam bahasa melayu kita ia membawa maksud mengopitimumkan web/blog didalam enjin carian atau membina web/blog yang mesra enjin carian. Memang betul agak sukar untuk memperolehi kedudukan yang agak baik didalam enjin carian popular seperti Google ataupun Yahoo. Namun perkara itu bukanlah mustahil. Berikut adalah perkara asas yang perlu kau orang faham dan perlu tahu untuk memesrakan web/ blpg kau orang dengan enjin carian.

Domain
Keyword ataupun kaca kunci merupakan perkara paling penting sekali. Dan keyword yang pertama sekali di analisis oleh enjin carian adalah nama domain itu sendiri. Seboleh-bolehnya nama domain yang hendak dipilih mencerminkan content umum web atau blog anda.
Contoh domain http://www.immalaysia.blogspot.com

Tagline
title web/ blog anda.
Contoh: Internet Marketer Malaysia untuk tajuk. Tagline/ slogan (Internet Marketer Malaysia Central). Ingat page pertama merupakan kunci paling penting pada SEO.

Tajuk Page
{title} TAJUK WEB/BLOG ANDA DISINI{/title}Aku biasa jumpa blog atau website yang tiada tajuk. Biasanya orang yang tak tau biarkan jerk tajuk blog/web dia terbiar Untitle Document. Ini banyak kita bolehjumpa bila kita search kat search enjin. Jadi kat mana kauorang boleh masukkan kat title blog didalam tag html Selain kata kunci untuk domain, tagline web/ blog anda juga amat penting. Ianya selalunya dimasukkan didalam tajuk web anda. Apa itu tagline? Tagline nie kiranya cam slogan ataupun trademark anda. Contoh: mp3central taglinenye Free mp3download center. Ini semua dimasukkan didalam page yang pertama sekali. Harus diingat bahawa page pertama merupakan page yang paling penting didalam web/ blog anda. Ini kerana spider-spider enjin carian akan crawl page pertama web/ tersebut. Dan akan lebih kerap mengcrawl page yang sentisa diupdate.

Tajuk Page
Bagi setiap page blog/ web hendaklah diisikan tajuk bersesuaian dengan kata kunci yang kena dengan blog/ web kauorang. Ingat bahawa keyword yang digemari oleh search enjin adalah pada pada page pertama. Contohnye jika web anda adalah www.lembu.com, jangan biarkan title pada page ini terbiar kosong atau hanya sekadar welcome to lembu.com. seboleh-bolehnye pilih ayat atau keyword yang berkaitan seperti. Menjual daging lembu dan susu lembu segar.
Jadi apabila orang mencari susu atau daging lembu segar laman web/blog anda yang akan tersenarai didepan sekali.

Meta Content
Semak semula kod html samada anda telah masukkan meta content keyword. sebab memang ramai orang yang mengabaikannya. Begitu juga dengan meta description untuk blog/web anda sendiri. Pandai-pandailah pilih ayat ataupun perkataaan yang bersesuaian dengan content blog kauorang.

Header text
Header text ni kiranye macam tajuk kecik didalam setiap post anda didalam blog/ web. Setiap tajuk header yang pilih mestilah berkaitian dan mempunyai kata kunci asas. Jika inginkan lagi keberkesanan sila boldkan keyword yang ada didalam post anda itu. Terutamanya tajuk-tajuk setiap entri.

Ini sahajalah yang aku boleh kongsi setakat ini. Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang perlu diamaik kira unutk menjadiakan blog/web anda mesra dengan enjin carian. Aku akan update lagi dimasa depan dan cerita lebih lanjut topik nie dengan lebih mendalam lagi diamsa depan. So aku harap semua IM-IM di Malaysia akan bertambah success lagi dimasa depan.

Apa iItu Autoresponder?.

Hari ni saya kepenatan sungguh. Dah dua malam saya tidur lewat sebab sekarang saya tengah buat kajian pasal cara terbaik untuk buat internet marketing. Banyak benda baru telah saya pelajari. Walaupun saya telah mengetahui secara asas perkara-perkara ini, namun dalam sehari dua nie saya dapat mendalaminye lagi. Ok untuk posting kali ini saya ingin berkongsi ilmu mengenai Autoresponder.

Apa itu autoresponder?
Autoresponder adalah satu sistem perisian automatik membalas email. Ia merupakan satu cara promosi paling berkesan bagi sesebuah perniagaan internet. Anda hanya perlu menaip atau menyediakan mesej mengikut turutan dan autoresponder akan menghantar email tersebut kepada penerima mengikut waktu yang telah anda tetapkan.

Autoresponder selalu digunakan untuk menghantar mesej ucapan terima kasih (sering muncul jika anda mendaftar didalam sesebuah laman web contohnya kod pengaktifan atau pengesahan penjualan sesuatu product secara online.) Kini penggunaan autoresponder semakin meluas termasuklah didalam program-program tutorial ataupun kursus-kursus pembelajaran secara online dengan dikenali sebagai e-learning.

Kelebihan penggunaan autoresponder adalah ianya menjimatkan masa dan segala-galanye dilakukan hanya sekali sahaja. Selebihnya perisian ini yang akan melakukannya sendiri secara automatik. Contoh program autoresponder yang popular boleh didapati di
http://www.getresponse.com
http://www.aweber.com
Selamat mencuba...

Apa Itu Google AdSense?

Google AdSense Images

Secara singkat, AdSense adalah layanan iklan yg dimiliki oleh Google, dimana para pemilik website, forum ataupun blog dapat memasang iklan tersebut di website mereka dan mendapatkan pendapatan tambahan. Iklan yg muncul ada bermacam-macam jenisnya, boleh berupa teks, gambar, bahkan video; namun yg pasti, semuanya menggunakan sistem kontekstual (contextual), dimana iklan tersebut akan relevan atau sesuai dengan isi halaman dimana iklan tersebut dipasang. Perhatikan contoh gambar berikut:

Seluruh iklan disimpan di server milik Google sendiri, sehingga kita tidak perlu menyediakan ruang khusus di server kita untuk AdSense, ataupun meng-upload file-file tertentu. Cukup dengan memasukkan code JavaScript yg diberikan pada halaman web/blog kita saja kita sudah dapat menikmati paparan iklan AdSense di web/blog kita.

AdSense Code Images

Bagaimana Kita Mendapatkan Wang?

Seperti disebutkan di atas, dengan memasangkan iklan AdSense di web/blog, pemilik web/blog memperoleh kesempatan untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Bagaimana caranya?

Tidak susah. Apa yg perlu anda, sebagai pemilik web/blog, lakukan adalah menunggu (dan berdoa) agar ada pengunjung yg meng-klik iklan2 tersebut. Ya, cukup dengan meng-klik saja, otomatis Anda, sebagai publisher AdSense, akan mendapatkan sejumlah wang yg nilainya berdasarkan dari besarnya bid yg telah ditentukan oleh si pemasang iklan (advertisers). Meskipun ada faktor2 lain yg mempengaruhi, secara umum, bahagian yg diperolehi publisher adalah 20% dari nilai bid.

Perlu diingat, klik yg dihitung hanyalah klik2 yg dianggap valid. Anda tidak dibenarkan untuk melakukan klik terhadap iklan milik anda sendiri atau pun menyuruh orang lain meng-klik iklan anda. Detail peraturan Google AdSense dapat Anda baca di sini.

Setelah anda mendaftarkan diri di Google AdSense dan diterima, Anda akan mendapatkan akses ke Member Area Google AdSense. Di situ, selain tersedia tool untuk mengenerate code iklan yg diperlukan, juga terdapat halaman Report yg mencantumkan perolehan pendapatan Anda beserta jumlah klik yg didapatkan, jumlah tampilan iklan, dan info2 penting lainnya. Perhatikan gambar berikut:

AdSense Report Images

Bagaimana Pembayarannya?

Pembayaran akan dilakukan 30 hari setelah total pendapatan Anda dalam satu bulan mencapai minima $100. Jadi apabila bulan May ini Anda memperoleh $100, maka pendapatan anda tersebut akan dikirimkan pada akhir bulan Jun. Untuk Malaysia, pembayaran akan dikirimkan dalam bentuk cek dan Anda dapat memilih untuk menggunakan jasa pos ataupun DHL (Express Delivery) dalam proses pengiriman tersebut. Dan sekarang kita sudah boleh menerima pendapatan melalui Western Union dan ianya lebih cepat dan mudah.

Jika menggunakan pos, waktu pengiriman biasanya paling cepat adalah 20-25 hari (tergantung lokasi anda). Sedangkan, jika menggunakan DHL, cek akan anda terima dalam waktu 2-3 hari kerja. Jangan lupa, Anda akan dicaj sebanyak USD24 jika Anda memilih menggunakan sistem Express Delivery, dimana bayaran tersebut automatiknya akan dipotong dari pendapatan google anda.

Bagaimana Potensi Pendapatannya?

Tidak terbatas! Banyak publisher AdSense yg telah memperoleh ribuan bahkan puluhan ribu dollar sebulan. Di Malaysia sendiri, publisher AdSense dengan pendapatan ribuan dollar sebulan sudah bukan hal yg aneh lagi.

Meskipun berpotensi untuk meraih pendapatan yg besar dan bahkan tidak terbatas, berbisnes Google AdSense tidak semudah membalikkan telapak tangan. Semua tetap perlukan usaha dan waktu yg mungkin tidak sedikit.

So, tunggu apa lagi? Daftar sekarang dan mulalah memasuki dunia bisnes internet melalui Google AdSense. Semoga Berjaya.